Wednesday, June 11, 2008

Raya Datang Lagi

Assalamualaikum W.B.T.

Pengenalan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Malaysia terutamanya yang beragama Islam (dan yang berpuasa sahaja tau)..

Pertama kali menulis dalam blog ini terasa janggal pulak rasanya. Jadi di dalam warkah saya yang pertama ini saya mohon maaf kalau ada bahasa yang saya rojakkan. Bukan niat nak merosakkan bahasa kita yang penuh seni tetapi sbg manusia pasti ada khilafnya.

Jadi dlm blog saya nie, bahasa yang digunakan lebih kepada bahasa pasar atau bahasa percakapan seharian tetapi akan cuba saya selitkan penggunaan bahasa melayu asli (kalau salah jgn marah ye).

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Mahathir bin Haji Jamail. Berusia 30 tahun, mempunyai seorang isteri (baru sorang) dan 3 orang anak-anak yg comel dan aktif (dlm erti kata lain buas laa...). 2 lelaki dan sorang perempuan. Berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Shah Alam, Selangor D.E. Mempunyai syarikat sendiri yang membekalkan peralatan kejuruteraan (Alhamdulillah, dah 3 tahun dah dan semakin berkembang...)

Topik Perbualan Hari Ini

Memandangkan sekarang nie pun masih dlm mood raya maka tajuk pun tentulah tentang raya jugak kan.... Tahun nie aku beraya di Kedah iaitu di Baling (kampung aku) dan juga di Jitra (kg org rumah). Tahun nie rasanya raya dah tak meriah mcm tahun2 sebelum nie. Slow jer nampak gayanya. Almaklumlah, minyak naik, harga barang naik, bonus tak dak, jadi nak beraya pun tak dak mood jugak. Tak taulah org lain atau kat tempat lain tapi kat tempat aku memang tak meriah. Yang terasa meriahnya pun bila dapat jumpa kengkawan lama dan berkumpul sekali. Masing-masing dah ada life sendiri dan kerjaya sendiri. Hebat-hebat jugak member2 aku nie. Kebanyakan boleh kata orang-orang besaq jugak la...

Semalaman la aku ngan member pusing dari rumah aku, ke rumah-rumah member lain dan last sekali lepak kat kedai makan. Tu pun boleh balun makan sup ekoq + nasi + tomyam dll. Banyak benda la yang dibualkan. Daripada kerja ke rumah tangga (seksologi pun ada jugak..haha.a.a.). Yang aku tengok semua dah matang tapi bila berjumpa sifat ketidakmatangan tu pun ada jugak yang terlepas, tapi biasa laa.. seronok dpt jumpa member2 lama.
Ramai yg kerja kat Selangor dan KL tapi tak pernahnya jumpa pun.. Tau-tau ada kerja dekat dengan office aku tak pun rumah dia dekat-dekat dgn area rumah aku gak... Ish... nampak sangat dok KL tak bersosial sangat.

Tapi aku faham dan aku rasa semua org faham... mcm aku nie... kalau time kerja... memang dok ingat kerja ja... hidup berkisar tentang kerja dan anak-anak... tambah2 la org business mcm aku nie... baru nak kembangkan business... lagi la 2 kali ganda sibuknya... yalah.. tak pulun cari business.. tak berasap la dapuq umah nanti...
Anyway, buat kengkawan lama yang baru aku jumpa dan yang tak pernah aku jumpa dah lepas sekolah kalau ada yang terbaca blog nie dan masih ingat kat aku. Aku nak mintak maaf berbanyak2 kalau selama kita berkawan aku ada buat salah yang sengaja dan tak sengaja. Kalau ada hutang aku mintak halalkan (kalau tak halalkan, contact aku.. mintak aku bayaq balik). Harapan aku semoga kita semua dirahmati Allah dan dipanjangkan umur agar dapat berjumpa lagi pada raya tahun depan. Buat kengkawan aku di Sekolah Menengah Baling seperti Zamri, Rafieq, Azraie, Nizam, Azwan, Lan, Mat Lie, Syam, Mek Na, Rozita, Syamsuri dan yang lain-lain (kalau nak tulih semua panjang berjela la jawabnya) semoga persahabatan kita kekal selamanya dan aku doakan kita semua sihat dan dimurahkan rezeki. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Aalamin...














No comments: